Sunday, May 10, 2015

Hanya Kemaafan..

Guruh berdentum di langit, menjadi petanda hujan mungkin turun pada malam ni, Aku terasa jemu menonton tv,walaupun cerita best, mungkin hati rasa rindu pada anakku.. Biasalah malam pertama selepas malam sebelumnya tido dalam pelukan ku.. Aku mengingati kisah yg lampau..di mana terlalu banyak kesilapan yang ku lakukan.. Tidak mensyukuri sebaik mungkin nikmat kurniaan Allah swt.. Kini apabila semuanya telah hilang dari diriku,baru ku sedar akan segalanya.. Tapi ia sudah terlewat dan masa yang di ingati itu telah berlalu.. Ia tidak akan mampu untuk dikembalikan masa itu,ia telah menjadi sejarah dan akan kekal dalam memoriku.. Hanya kemaafan dari Allah swt ku pohon..

No comments:

Post a Comment