Monday, May 11, 2015
Sunday, May 10, 2015
Hanya Kemaafan..
Guruh berdentum di langit, menjadi petanda hujan mungkin turun pada malam ni,
Aku terasa jemu menonton tv,walaupun cerita best, mungkin hati rasa rindu pada anakku..
Biasalah malam pertama selepas malam sebelumnya tido dalam pelukan ku..
Aku mengingati kisah yg lampau..di mana terlalu banyak kesilapan yang ku lakukan..
Tidak mensyukuri sebaik mungkin nikmat kurniaan Allah swt..
Kini apabila semuanya telah hilang dari diriku,baru ku sedar akan segalanya..
Tapi ia sudah terlewat dan masa yang di ingati itu telah berlalu..
Ia tidak akan mampu untuk dikembalikan masa itu,ia telah menjadi sejarah dan akan kekal dalam memoriku..
Hanya kemaafan dari Allah swt ku pohon..
Saturday, May 9, 2015
Hari Sukan Sekolah Rendah dan Tadika An Najah
Hari ini aku pergi ke Hari Sukan Sekolah Rendah dan Tadika An Najah Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah yang diadakan di Kolej Sultan Abdul Hamid.
Ramai ibu bapa yang hadir, kemeriahan memang terasa ..
Anakku berumur 5tahun,ia menyertai acara mengepit belon sambil berlari, kumpulannya dapat no 3 je..alhamdulillah, dapat gak hadiah..
Walaupun panas terik tetapi ada redupan lindungan bayang pokok menyebabkan aktiviti dapat diadakan di bawah teduhan pokok.
Selepas dapat hadiah,terus bawa anakku Fatih balik..
Ramai ibu bapa yang hadir, kemeriahan memang terasa ..
Anakku berumur 5tahun,ia menyertai acara mengepit belon sambil berlari, kumpulannya dapat no 3 je..alhamdulillah, dapat gak hadiah..
Walaupun panas terik tetapi ada redupan lindungan bayang pokok menyebabkan aktiviti dapat diadakan di bawah teduhan pokok.
Selepas dapat hadiah,terus bawa anakku Fatih balik..
Friday, May 8, 2015
Suasana Membuat Perhiasan Kristal di Nur Alfa Batik Kuala terengganu
AWAS!!
(gambar di atas ditangkap oleh cameraman Mohd Fazli ) - Canon DS+++
Ini pula gambar yang diambil oleh camera telefon saya sendiri....
Taken 9.18 pagi 03 Mei 2015 di Nur Alfa Batik
Thursday, May 7, 2015
Wednesday, May 6, 2015
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Catatan pada 08.01 pagi 03 Mei 2015
Pantai Batu Buruk (beach of the ugly stone) Kuala Terengganu famous beach, white sandy beaches with swaying casuarinas lining up behind the shore, like a loyal friend to the waves. During windy days, playing kite on the beach is a good idea but swimming can be dangerous here. Varieties food stalls can be found at Batu Buruk, try fried ice cream (Ais Krim Goreng), Nasi Dagang, Terengganu traditional rice, fried sea foods and Yunnan chicken rice. There is good night market every Friday from 3.00pm till 7.00pm. Pantai Buruk is also a popular place for strolling and good place to visit especially in the evening,This beautiful beach is just 1 km from the city center and can be reached by walking. Perhaps this is the cleanest and widest beach inside Kuala Terengganu city. The Culture Centre stage pencak silat (Malay martial art), top spinning, kite flying, sepak raga and other traditional show from 5.00pm to 7.00pm every Friday from 1 April till 31 October
Tuesday, May 5, 2015
Menunggu ke tempat sarapan di perkarangan Masjid Terapung
Restoren bersebelahan masjid terapung
Acara merasa air samada masin atau tidak oleh pengurus ar rahnu guar chempedak
Menunggu sarapan Firdaus, Fuad dan khairul Adli...
6.52 pagi Ahad... 03 Mei 2015
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.
Gambar sekitar 6.38 pagi 03 Mei 2015...
Subscribe to:
Posts (Atom)